Slide Unit ICT SMKAP

SEJARAH

Sejarah Makmal Komputer SMK Ade Putra

Pembinaan Makmal Komputer SMK Ade Putra telah bermula seawal tahun 2000. Projek pembinaan ini adalah di bawah Program Pengkomputeran Makmal Sekolah Kementeriaan Pelajaran Malaysia Fasa 2.        Makmal ini telah siap sepenuhnya dan mula digunakan pada bulan Julai 2003.
Makmal ini dilengkapkan dengan 22 buah komputer, 1 komputer pelayan, 1 pencetak laser dan sebuah router. Semuanya peralatan  ini dibekalkan  oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Komputer DELL dan syarikat ini juga bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Makmal ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan Jalur Lebar
Setelah hampir 3 tahun beroperasi, dengan usaha pentadbir dan para guru, pihak makmal telah dapat menambah 5 buah komputer ( 1 di bilik guru dan 1 di pejabat ), 5 buah pencetak. Disamping itu,pihak makmal juga telah dapat mewujudkan rangkaian komputer di antara makmal komputer, bilik komputer, pejabat dan bilik guru.Pihak makmal juga telah dapat mewujudkan kemudahan rangkaian wireless
Antara kejayaan yang telah dicapai ialah laman web sekolah SMK Ade Putra adalah laman web yang kerap dilayari dan sentiasa dikemaskini. Pihak makmal juga bertanggungjawab mendokumentasi program-program sekolah seperti Sekolah Harapan Negara (2004), Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan(2006), Pertandingan Ceria Merdeka dan banyak lagi sehingga kini
Di samping itu beberapa kursus dalaman telah dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada warga SMKAP seperti Kursus Photoshop (Dengan Kerjasama Kolej Komuniti Alor Gajah), Kursus Asas Komputer, Kursus Data SSM.