Slide Unit ICT SMKAP

Selasa, 31 Mei 2011

Photoshop - Hasil Warna Hitam Putih

Menghasilkan efek hitam putih dan berwarna

Kali ini saya akan menunjukkan Tips efek dengan mencampuraduk bahagian berwarna dan hitam putih. Ini sangat mudah bagi mereka yang telah mahir dengan perisian Photoshop.

Ini adalah asas tutorial bagaimana untuk menghasilkan warna imej warna campuran hitam dan putih.

Kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak untuk menggunakan Photoshop, inilah masanya untuk mempelajari asas dan saya percaya tips ini selain bermanfaat ia juga sangat menghiburkan.

Mari kita mulakan.

Bayangkan saya telah mengambil gambar foto menggunakan kamera digital dan telah dipindah turunkan ke dalam PC saya. Saya kemudiannya mengaktifkan program Photoshop, dan memilih File dan Open, dan telah memilih gambar imej yang relevan.

Dalam kes ini, saya akan manipulasi imej berikut:


 

Setelah imej dibuka, saya menekan Ctrl-A untuk memilih semua (select all). Ini akan meletakkan mask (garisan kecil bertitik) disekitar kawasan imej tersebut. Kemudian saya menekan Ctrl-C (menyalin) dan saya pergi ke menu File, dan pilih New. Ini akan membawa satu image properties dengan dimensi kawasan yang telah saya salin tadi, dan saya tukarkan karakter fail baru dari RGB ke Grayscale.

Ini akan menghasilkan satu salinan imej dalam hitam putih:



Di dalam imej baru ini, saya menekan Ctrl-A untuk memilih seluruh kawasan, dan menekan Ctrl-C untuk menyalin. Sekarang saya boleh menutup imej hitam putih ini (tidak perlu disimpan). Di bawah tetingkap ini terdapat imej asal yang berwarna. Dengan menekan Ctrl-V, saya menindih (paste)
imej hitam putih di atas imej berwarna tadi, dengan layer berasingan. Saya mahukan imej hitam putih berada di layer teratas, jadi saya pergi ke layers pallete dan heret (drag) layer ke bawah.

OK sekarang saya perlukan imej berwarna duduk diatas imej putih.

Saya membuat zoom ke starfish (layer berwarna) dan cuba memilih kawasan yang membentuk ikan starfish itu. Dalam kes saya, saya menggunakan tool magic mask dan juga elliptical tool (utk mendapatkan sudut bulatan starfish). Setiap kali saya memilih kawasan itu, saya terpaksa menekan butang shift untuk memudahkan pilihan baru dibuat. Jika saya dapati saya memilih terlalu banyak kawasan, saya cuma undo aksi terakhir (last action) atau pergi balik menggunakan history. Setelah pemilihan dibuat pada starfish keseluruhannya, saya songsangkan (inverse) pilihan tadi dan menekan butang delete. Ini akan membuang seluruh layer berwarna, kecuali ikan starfish.

Barangkali ada jalan untuk melakukan ini dengan mudah, tapi bagi saya method yang saya jelaskan tadi tidak menjadi masalah bagi saya. Anda perlu sama menggunakan eraser dan perlahan-lahan membuang bahagian detail pada starfish, perlahan-lahan dedahkan warna hitam/putih disebalik imej tersebut.

Dan keputusannya.. ? Ini dia:

Belajar Photoshop

Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memperelok foto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam photoshop ialah seperti multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer. Kemudahan Photoshop

Toolbox
Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital. 



Rajah 1: Alat Toolbox
Palettes
Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:

Layers
Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.



History
History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.



Kegunaan Photoshop
Terlalu banyak kegunaan adobe photoshop untuk ditunjukkan di sini. Secara umumnya anda boleh melakukan apa saja ke atas imej anda menggunakan Photoshop seperti membersihkan kotoran pada foto lama, memotong (crop) bahagian-bahagian tertentu, mengecilkan saiz gambar, menghasilkan efek tertentu dan pelbagai kegunaan lain.

Saya lebih gemar untuk menunjukkan beberapa hasil penggunaan perisian Photoshop yang telah ditunjukkan oleh beberapa pengguna dari forum putera.com.

Foto lama diperbaharui

Menambahkan rambut


Membotakkan rambut















Kelebihan Photoshop
Kelebihan Adobe Photoshop terletak pada filter dimana anda boleh menggunakan filter yang sedia ada untuk menghasilkan efek-efek tertentu pada imej dan gambar.
Anda boleh memasang filter plug-in yang dibangunkan oleh pembangun perisian lain. Sebaik sahaja dipasang, filter baru akan dipaparkan di bahagian menu Filter bersama-sama dengan filter sedia ada. Jika anda berminat untuk menghasilkan modul plug-in sendiri, anda boleh lakukannya dengan menghubungi Adobe Systems Developer Support.

Selain filter, kemudahan layer disediakan untuk melakukan banyak tugas seperti membentuk, menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang layer.