PENGENALAN
Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman
dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia,
membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer
adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer
dapat menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya kemudian
memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk
menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang
dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan
pada masa akan datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan
manusia kerana ia mempunyai kelajuan (speed), kebolehpercayaan (reliability),
keupayaan storan (storage capability),
produktiviti (productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos.
Sebagai kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat
menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan
keputusannya tepat.
SEJARAH
PENCIPTAAN KOMPUTER
Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat
perniagaan, seperti Abakus yang
sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan
dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah
memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan
darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan
Yunani.
Blaise
Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan
pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan
mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
George
Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau
telah mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah
memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk
litar logik dalam komputer.
Charles
Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta.
Beliau telah membina “The Difference Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan
sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain
iaitu “Analytical Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan
pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa
hidupnya. “Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang
iaitu mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan
peranti output.
Augusta
Ada Byron membantu Charles Babbage
dalam membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”.
Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan
“Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena
namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya
menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman
Hollerith telah membangunkan satu peranti automat yang boleh memproses pengiraan
banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun.
Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya.
Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage ialah mesin
Hollerith menggunakan kuasa elektrik
manakala mesin Babbage menggunakan kuasa
mekanikal.
Howard
Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK
I. Dengan terhasilnya MARK I
maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia
dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan
dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama
menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada
aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan
tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina
mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk
kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff
dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan
elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC
sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator). ENIAC
merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang
diperdagangkan secara komersil.
PERMULAAN ERA KOMPUTER.
Dari zaman dahulu hingga sekarang sudah wujud 4 generasi. Ia berlaku
dalam masa lebih kurang 40 tahun.
GENERASI PERTAMA (1951 - 1958)
Pada tahun 1937-1938 Dr. John
V.Atanasoff dan pembantunya Clifford
Berry telah merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang
pertama. Komputer tersebut digelar ABC
(Atanasoff-Berry Computer). Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator) pada tahun 1945. ENIAC boleh melakukan 5000 percampuran dan 300 pendaraban sertiap
saat. 2 tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang dinamakan Spery Rand dan seterusnya mengeluarkan UNIVAC I (Universal Automatic Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC I merupakan komputer pertama yang
digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan secara meluas oleh Biro
Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC
I berfungsi menggunakan tiub vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman
komputer untuk memproses dan menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga
elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini juga amat susah untuk di
selenggarakan dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa
mesin iaitu 0 & 1 (bahasa peringkat
rendah). Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini adalah
diantara 8000 hingga 20000 aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan
dalam “microseconds”
GENERASI KEDUA (1959 - 1961)
Komputer generasi ini menggunakan transistor
dan diod iaitu peranti kecil yang
memindahkan signal elektrik melalui resistor
bagi menggantikan tiub-tiub
vakum/hampagas. Transistor adalah
singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang dicipta
ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia dapatr
berfungsi lebih baik daripada komputer generasi pertama.yang menggunakan tiub
hampagas. Komputer generasi ini bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah
serta tidak perlu warm-up time. Penggunaan tenaga elektrik yang kurang jika
dibandingkan dengan komputer generasi pertama. Pengaturcaraan dilakukan dalam
bahasa peringkat tinggi iaitu FORTRAN
(1954) dan COBOL (1959). Manakala
keupayaan storannya terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara dan ia
menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan (removable disk cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam “microseconds”.
GENERASI KETIGA (1965 - 1970)
Komputer pada generasi ini pula telah menggunakan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandungi cip silikon yang sangat kecil bagi
menggantikan transistor. Harga cip yang murah menyebabkan perkembangan alat
elektronik yang pesat dan kejatuhan harga alat tersebut. Komputer ini
bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandung cip silikon
yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah,
padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE
II, IBM PC, Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi 1/3 lebih kecil
daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan konsep multiprogramming dan multiprocessing iaitu beberapa aturcara
boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini
meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan dalam “nanoseconds”. Pemprosesan interaktif diperkenalkan di mana
pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini menyebabkan
industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer diperkenalkan di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi ia
lebih kecil, perlahan dan lebih murah.
GENERASI KEEMPAT (1971 - Sekarang)
Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah laju dan boleh dipercayai.
Generasi keempat ini merupakan lanjutan daripada generasi ketiga di mana pada
generasi ketiga cip-cip digunakan
untuk membina ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk
membangunkan teknologi yang seterusnya iaitu general-purpose-on-a-chip yang digelar mikropemproses (microprocessor).
Mikropemproses mengantikan litar
bersepadu. Mikropemproses juga boleh didapati pada jam digital, mesin kira,
dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah. Mikropemproses mula dijual pada
tahun 1971. Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini adalah dari IBM yang menggunakan cip Intel 80286, cip Intel 80386, cip Intel
80486 (mengandungi 1.2 juta
transistor yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15
juta arahan per saat). Cip Intel
Pentium (mengandungi 3.1 juta
transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro (mengandungi 5.5 juta transistor yang
berupaya melaksanakan 250 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro MMX, Cyrix,
AMD, Pentium II dan lain-lain lagi. Antara ciri-ciri yang terdapat pada
komputer generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil, penggunaan tenaga
elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan bersama dengan beberapa bahasa
pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus meningkat ke 1 juta hingga 50 juta
aksara dan pengiraan dilaksanakan dalam “picoseconds” Saiz komputer sekarang
adalah 100 kali lebih kecil daripada saiz komputer generasi pertama dan satu
cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC.
GENERASI KELIMA
Komputer generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini
masih belum diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah
dimulakan oleh beberapa negara maju. Ianya juga masih didalam peringkat
penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan negara yang paling banyak membuat
penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk membina komputer yang lebih berkuasa
dan kepintaran buatan (artificial intelligence), sistem pakar (expert sistem),
robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan terus menjadi lebih kecil
sementara daya ingatan dalamannya terus meningkat dengan pesat.
PENGELASAN KOMPUTER
Pengelesan komputer adalah mengikut kepada ukuran fizikal dan keupayaannya
iaitu, seperti superkomputer, komputer kerangka utama, Mini komputer dan
mikrokomputer.
SUPERKOMPUTER
Superkomputer atau nama lainnya kerangka utama
yang besar. Perkembangannya terhad kepada beberapa ratus unit sahaja di
seluruh dunia. Ini kerana harganya yang amat mahal. Superkomputer mempunyai
unit pemprosesan pusat yang kompleks dengan keupayaan yang sangat pantas. Ia
juga boleh memproses berbillion arahan per saat (BIPS). Ia digunakan khas bagi menyelesailkan masalah saintifik
yang rumit dan canggih, contohnya CRAY I, CRAY II, CRAY III, dan CDC CYBER205.
KOMPUTER
KERANGKA UTAMA
Komputer Kerangka Utama yang pertama diperkenalkan sejak tahun 40-an adalah seperti UNIVAC, IBM 360, dan lain-lain lagi. Komputer jenis ini kebanyakannya
dimiliki oleh organisasi yang besar dan pusat pengajian tinggi. Ia juga bersaiz
besar dan berkeupayaan memproses sejumlah data yang banyak dengan pantas dan
tepat, berupaya memproses data pada kelajuan yang tinggi dan berjuta-juta
arahan per saat (MIPS). Ia juga membenarkan komputer dikongsi oleh
beratus-ratus pengguna pada satu masa.
MINI
KOMPUTER
Mini Komputer pula adalah lebih perlahan, berkeupayaan storan yang kurang dan lebih
murah daripada komputer kerangka utama. Kebanyakannya dimiliki oleh gedung
perniagaan, jabatan awam/swasta dan institut pengajian tinggi. Mini Komputer
juga menggunakan konsep multiprogramming
dan multiprocessing. Contohnya adalah
seperti HP 3000, SEQUENT dan lain-lain lagi.
MIKROKOMPUTER
Mikrokomputer atau Komputer peribadi pula
mempunyai saiz yang kecil seperti desktop atau laptop. Ia diperkenalkan buat
kali pertama pada pertengahan tahun 1970-an. Mikropemproses adalah menjadi asas
bagi mikrokomputer. Penggunaan mikrokomputer semakin meluas. Supermikro atau
stesen kerja (workstation) telah
diperkenalkan. Ia merupakan sambungan di antara mikrokomputer dan mini komputer
yang berkeupayaan menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan